Friday, November 17, 2006

 

Anda Tahu?

Pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai taraf komoditi eksport yang begitu strategik. Dasar ini telah disambut baik oleh badan-badan swasta dengan menubuhkan pelbagai bentuk institusi pendidikan tinggi sama ada secara bersendirian atau bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan dan institusi pendidikan tinggi luar negara. Bagi menjamin pertumbuhan pendidikan tinggi swasta ini dilaksanakan secara sihat, Parlimen telah meluluskan dua akta yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556).

Akta Pendidikan Tinggi Swasta bertindak mengaturkan penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan swasta agar dapat menyediakan suasana pendidikan tinggi yang berkualiti untuk pelajarnya.

Akta Lembaga Akreditasi Negara pula berfungsi menentukan supaya semua kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan mencapai standard yang dapat diterima oleh norma atau konvensyen sesuatu pengajian tinggi.

Fungsi-fungsi LAN ialah:

1. Merumuskan dasar mengenai kawalan standard dan kualiti

2. Menetapkan, mengawasi, mengkaji semula, menyelia standard dan kualiti

3. Menentukan tahap pencapaian bagi Bahasa Kebangsaan dan mata pelajaran
wajib yang ditetapkan dalam Akta IPTS (Akta 555) 1996 sebagai pra-syarat
bagi penganugerahan sijil, diploma dan ijazah

4. Menasihat dan membuat syor kepada Menteri bagi meluluskan kursus
pengajian yang hendak dikendalikan oleh sesuatu IPTS mengenai :


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

scamboy'blog